TARIKH :  4 OKTOBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

:ADVOKASI : CERAMAH & BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK (BAHAYANYA GADJET)

Masa

: 8.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Tujuan ceramah dan bengkel ini di buat kepada para peserta untuk mengingati tentang bahayanya gadjet di kalangan kanak kanak mahupun di kalangan dewasa.

Aktiviti

Melalui ceramah ini, petugas dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentang bahayanya gadjet dalam kehidupan kerana boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita. Zaman sekarang ramai kanak kanak terlalu taksub bermain gadjet terlebih masa sampaikan tiada ada berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

Program / Aktiviti / Kelas

: KDB GAMES : KDB WORD SEARCH ONLINE

Masa

: 11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Petugas akan memberikan latihan secara online dengan permainan klik dengan bijak tentang bahayanya gadjet.

Aktiviti

Melalui permainan Klik Dengan Bijak iaitu ‘KDB Word Search’ boleh mendapatkan ilmu pengetahuan dan daya ingatan yang kuat agar sentiasa beringat bahawa bahayanya gadjet terhadap kesihatan tubuh badan mereka.

TARIKH :  5 OKTOBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & TEKNOLOGI : KENALI JENIS KULIT MUKA ANDA.

Masa

: 8.30 pagi – 12.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Tujuan taklimat dan bengkel ini ialah mengenali jenis kulit muka anda kepada para peserta agar mereka lebih tahu menyelesaikan masalah kulit muka mereka.

Aktiviti

Petugas memberi taklimat dan bengkel menggunakan barang yangtelah disediakan oleh petugas untuk mengenali masalah kulit muka anda. Dengan ini, masalah kulit muka dapat di atasi sendiri mengikut produk yang sesuai dengan kulit muka para peserta.

Program / Aktiviti / Kelas

: KDB GAMES : KDB PUZZLE  

Masa

: 12.00 petang – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Tujuan KDB ini di berikan kepada para peserta agar lebih meningkatkan daya ingatan tentang taklimat yang telah diberikan oleh petugas tadi. Dengan ini para peserta dapat berkongsi ilmu kepada orang lain.

Aktiviti

Melalui KDB game puzzle ini para peserta boleh membuat pilihan yang bijak sebelum mencuba benda baru yang mungkin boleh merosakan kulit muka atau pun tidak. Aktiviti ini dapat menarik minat para peserta untuk lebih cantik walaupun usia semakin meningkat.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL MY SHOP

Masa

: 2.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Tujuan ceremah dan bengkel My Shop ini diberikan kepada para peserta yang baru nak berniaga secara online.

Aktiviti

Ceramah dan bengkel ini diikuti oleh orang daripada golongan . Petugas akan memperkenalkan My shop kepada para peserta. Para peserta akan melihat sendiri bagai mana My Shop berfungi dengan menggunakan applikasi Dashbord dan dapat meningkatkan hasil jualan mereka di dalam Dashboard.

TARIKH :  6 OKTOBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT EXCEL : ASAS PENGENALAN MICROSOFT EXCEL            

Masa

: 8.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Memberi pengetahuan asas kepada para peserta cara menggunakan excel yang lebih mudah.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, para peserta di beri penerangan tentang asas excel dan para peserta diarahkan untuk membuka excel sambil mencuba sendiri menggunakan excel mengikut arahan. Para peserta sangat gembira mencuba benda baru dan mereka lebih untuk menyimpan banyak data.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFt WORD : MENAIP KARANGAN              

Masa

: 11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Melalui bengkel Microsoft word ini para peserta dapat membiasakan diri untuk menaip dengan betul dan cepat.

Aktiviti

Petugas memberi karangan bertajuk Kesan Jerebu kepada para peserta kerana isu semasa adalah kesan jerebu dan memberi tunjuk ajar menaip mengikut format yang betul.

TARIKH :  13 OKTOBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

:ADVOKASI CERAMAH DAN BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK ( CHECK YOUR

LABEL & PERMAINAN TELEFON KARAT)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh tiga orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan kempen ‘Check Your Label’ kepada para peserta.

Aktiviti

Melalui aktiviti ini, petugas memberi ceramah berbentuk tayangan slide dan tayangan video yang bertajuk ‘Check Your Label’ yang terdapat aplikasi telefon bimbit dan serta menerangkan kepada para peserta kelebihan aplikasi ini untuk memeriksa status label pada peranti telefon yang dimiliki oleh mereka sama ada peranti telefon bimbit yang mereka miliki original ataupun palsu. Selain itu, permainan Klik Dengan Bijak iaitu ‘TELEFON KARAT’ yang melibatkan aktiviti secara berkumpulan juga turut berlangsung melalui aktiviti ini. Urus setia berikan kepada orang pertama ayat sekurang-kurangnya 3 baris (dicadangkan tips keselamatan internet). Juga boleh gunakan lukisan dan pergerakan anggota badan. Orang pertama perlu mengingati ayat/lukisan atau pergerakan tersebut dan sampaikan atau lukis dan tunjukkan pada orang kedua dan orang kedua pada orang seterusnya sehingga orang terakhir. Orang yang terakhir perlu ulang ayat/lukis atau gayakan perkara orang pertama sampaikan.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL MY HEALTH

Masa

: 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh tiga orang peserta dari pelajar sekolah rendah.Aktiviti yang melibatkan promosi untuk aplikasi Dashboard Komuniti

Aktiviti

Petugas memperkenalkan modul My Health yang terdapat aplikasi Dashboard Komuniti supaya aplikasi ini dapat digunakan oleh komuniti setempat. Para peserta juga diberi peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh petugas.Melalui ceramah ini, para peserta dapat menggunakan modul-modul yang terdapat dalam aplikasi Dashboard misalnya modul My Health dan melahirkan warga komuniti yang sihat serta dapat menarik minat komuniti setempat untuk berkunjung ke pusat internet sebagai salah satu pusat pemeriksaan kesihatan.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT EXCEL (PENGIRAAN DATA)

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh tiga orang peserta dari pelajar sekolah rendah.Memberi latihan kepada para peserta menginput data di dalam Microsoft Excel.

Aktiviti

Petugas memberi tugasan kepada para peserta cara menginput serta memasukkan data ke dalam Microsoft Excel yang berbentuk jadual dan pengiraan. Selain itu, melalui aktiviti ini, para peserta dapat mempelajari cara memproses data & menggunakan tools dalam Microsoft Excel bersesuaian dengan maklumat yang dibekalkan.

TARIKH :  19 OKTOBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI CERAMAH DAN BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK

( PENGANTUNAN DALAM TALIAN)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh enam orang peserta dari pelajar sekolah. Ceramah ini di berikan kepada para peserta agar dapat menerapkan nilai positif dalam diri peserta dalam penggunaan internet kepada kehidupan seharian dan sentiasa berhati-hati untuk menambah rakan di media social.

Aktiviti

Melalui ceramah ini, petugas memberi ceramah berbentuk tayangan video iaitu berkaitan dengan ‘Pengantunan Dalam Talian’. Melalui ceramah ini, petugas menerangkan kepada para peserta tentang jenayah yang dilakukan oleh pemangsa supaya seseorang mangsa mendengar kata / suruhan. Selain itu, petugas juga menerangkan kepada para peserta tentang ciri-ciri pemangsa serta cara mengelakkan perkara ini berlaku.

Program / Aktiviti / Kelas

: MIV WITH DTT

Masa

: 2.30 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 18 orang

Tujuan

Aktiviti ini dihadiri oleh 18 orang peserta dari golongan belia & petugas pusat internet Kluster Samarahan. Aktiviti ini diadakan untuk mengadakan taklimat ringkas bersama sukarelawan berkenaan dengan peralihan Siaran TV analog ke Siaran TV Digital myFreeview.

Aktiviti

Taklimat ini diberikan oleh pegawai MCMC Wilayah Sarawak yang disertai oleh Petugas Pusat Internet Kluster Samarahan & dua orang Sukarelawan mengikut PI masing-masing. PI yang terlibat adalah :

•        PI Kampung Pinang

•        PI Kampung Tanjung Bundong

•        PI Kampung Nakong

•        PI Pekan Samarahan

•        PI Kampung Sungai Mata

•        PI Kampung Sri Tajo

Para peserta didedahkan dengan projek ini yang merupakan salah satu inisiatif untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas, audio yang berkualiti tinggi, penambahan perkhidmatan dan saluran TV tanpa bayaran bulanan yang juga dikenali sebagai myFreeview. Oleh itu, kempen mengenai DTT giat dilaksanakan dengan penglibatan Sukarelawan ICT Malaysia (MIV).

TARIKH :  20 OKTOBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MULTIMEDIA : LET’S COLOURING

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 8 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh lapan orang peserta dari pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang aplikasi laman web yang melibatkan aktiviti mewarna secara digital

Aktiviti

Melalui aktiviti ini, petugas melatih para peserta mewarna melalui aplikasi di dalam laman web. Peserta diberi latihan mewarna melalui pelbagai bentuk & imej. Selain itu, para peserta dapat merasai suasana pembelajaran yang menarik melalui kuiz secara atas talian serta dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan pengetahuan para peserta.

Program / Aktiviti / Kelas

: E-PEMBELAJARAN : KUIZ MENGENALI TOKOH NEGARA

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 8 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh lapan orang peserta dari pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi latihan & aktiviti pembelajaran secara atas talian kepada para peserta yang berkaitan dengan kuiz iaitu ‘Kuiz Mengenal Pemimpin Negara’

Aktiviti

Petugas memperkenalkan kepada para peserta aktiviti kuiz atas talian yang melibatkan aktiviti pembelajaran untuk mengenal tokoh-tokoh negara seperti perdana menteri Malaysia.Melalui aktiviti ini, para peserta dapat merasai suasana pembelajaran yang menarik melalui kuiz secara atas talian serta memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan pengetahuan para peserta