TARIKH :  3 SEPTEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

:ADVOKASI CERAMAH DAN BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK ( ONLINE GROOMING)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh tiga orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi info online grooming kepada para peserta.

Aktiviti

Melalui ceramah ini, petugas dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentang beberapa aspek keselamatan ketika melayari internet. Iaitu: Berhati-hati dengan untuk menambah kawan yang tidak dikenali diinternet. Tidak mendedahkan maklumat diri secara berlebihan kepada orang yang tidak dikenali apabila mereka meminta maklumat.

Program / Aktiviti / Kelas

: KDB GAMES PUZZLE : WORD SEARCH ONLINE

Masa

: 10.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh tiga orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Aktiviti yang melibatkan para peserta diajar cara mencari maklumat secara online di computer.

Aktiviti

Melalui permainan Klik Dengan Bijak iaitu ‘KDB Puzzle’ boleh memantapkan minda para peserta menggunakan komputer menyelesaikan tugas yang diberikan secara online.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT (TEAMWORK)

Masa

: 11.00 pagi – 12.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh tiga orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Memberi latihan kepada para peserta membuat powerpoint mengikut design masing-masing dan kerja kumpulan bersama-sama.

Aktiviti

Petugas memberi tugasan menarik kepada para peserta cara membuat powerpoint mengikut design masing-masing dan cara bekerjasama antara ahli kumpulan.

 

TARIKH :  8 SEPTEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH DASHBOARD KOMUNITI

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh dua orang peserta dari golongan wanita. Ceramah ini di berikan kepada para peserta agar lebih tahu info tentang aplikasi Dashboard komuniti.

Aktiviti

Melalui ceramah ini, para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan aplikasi Dashboard yang berada di pusat internet ini. Petugas juga menerangkan serba sedikit kelebihan modul MyShop kepada para peserta serta menerangkan tentang cara memuat naik gambar produk untuk dipromosikan di dalam My Shop

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL KEUSAHAWANAN (PERNIAGAAN SECARA ONLINE)

Masa

: 10.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Aktiviti ini dihadiri oleh dua orang peserta dari golongan wanita. Aktiviti ini diadakan untuk melatih usahawan supaya mereka dapat mempertingkatkan kemahiran keusahawanan

Aktiviti

Melalui bengkel ini, Petugas memberi ceramah keusahawanan kepada peserta sebagai permulaan untuk perancangan memulakan bisnes iaitu ceramah ‘Pengenalan & strategi keusahawanan’

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL KEUSAHAWANAN (PEMASARAN DALAM TALIAN)            

Masa

: 11.00 pagi – 12.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Aktiviti ini dihadiri oleh dua orang peserta dari golongan wanita. Latihan ini diadakan untuk membantu melatih usahawan dalam mempromosikan produk di atas talian.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat promosi di media sosial seperti Facebook untuk menjual produk peserta.

 

TARIKH :  14 SEPTEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

:ADVOKASI CERAMAH DAN BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK (CLICK WISELY)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh lima orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada para peserta betapa pentingnya menggunakan internet secara bijak untuk mengelakkan perkara negatif terjadi di media sosial.

Aktiviti

Melalui ceramah ini, petugas dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentang beberapa aspek nilai positif yang sepatutnya diterapkan semasa melayari internet:

•        Tidak menggunakan laman sosial untuk menjatuhkan maruah orang lain

•        Tidak menyebarkan berita & maklumat yang tidak sahih mengenai orang lain jika tidak pasti kesahihan berita tersebut.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT EXCEL

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh seorang peserta dari pelajar lepasan sekolah menengah. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar memproses data dan memperkenalkan kepada para peserta tentang fungsi tools ‘sum’ iaitu pelajar didedahkan cara mengira data serta memberi latihan kepada para peserta.

 

TARIKH :  15 SEPTEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: PROGRAM LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN PI KG PINANG

Masa

: 1.00 pagi – 5.30 petang

Lokasi

: Pi Kampung Pinang

Peserta

: 35 orang

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 35 orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat serta mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi, jkkk, dan ngo untuk mewujudkan komuniti sihat.

Aktiviti

Melalui program ini, terdapat beberapa latihan & bengkel yang diadakan pada program ini bersama komuniti Kampung Pinang. Antaranya :

•        Ceramah & Bengkel Advokasi : Promosi Kempen KDB & Ceramah sexting serta permainan telefon karat

•        Ceramah kesihatan : Kesan Penggunaan Gadjet terhadap kanak-kanak dari segi kesihatan

•        Jom kenali perkakasan & perisian komputer

•        Ceramah Dashboard Komuniti

•        Pertandingan Mengarang Artikel

•        Jom Download, Log In & Menang (Aplikasi Dashboard)

 

TARIKH :  16 SEPTEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: PROGRAM LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN PI KG PINANG &

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2019

Masa

: 7.30 pagi – 2.30 petang

Lokasi

: Pi Kampung Pinang & Dewan Munawarah SK Pinang

Peserta

: 155 orang

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 155 orang peserta dari komuniti kampung pinang. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat serta mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi, jkkk, dan ngo untuk mewujudkan komuniti sihat serta menyemarakkan semangat cintakkan negara melalui program patriotik.

Aktiviti

Melalui program ini, terdapat beberapa latihan & bengkel yang diadakan pada program ini bersama komuniti Kampung Pinang. Antaranya :

•        Pameran Agensi

•        Ceramah Keusahawanan

•        Saringan Kospen

•        Berjalan Kaki 1000 langkah & Berbasikal

•        Pertandingan Jom Selfie Bersama Pusat Internet Kampung Pinang

•        Pertandingan Kuiz Kesihatan

•        Pertandingan Kibar Jalur Gemilang

•        Pertandingan Basikal Berhias

•        Pertandingan Mewarna Hari Malaysia

•        Perarakan Hari Malaysia