TARIKH : 3 OGOS 2019
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH CHECK YOUR LABEL |
Masa |
: 8.00 pagi – 9.30 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh tujuh orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kempen ‘Check Your Label’.
Aktiviti
Melalui ceramah dan aktiviti yang berlangsung selama satu setengah jam ini peserta diberi ceramah berbentuk tayangan slide dan tayangan video yang bertajuk ‘Check Your Label’ yang terdapat aplikasi telefon bimbit dan serta menerangkan kepada para peserta kelebihan aplikasi ini untuk memeriksa status label pada peranti telefon yang dimiliki oleh mereka.
Program / Aktiviti / Kelas |
: KDB GAMES PUZZLE : WORD SEARCH |
Masa |
: 9.30 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh tujuh orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Aktiviti yang melibatkan permainan Klik Dengan Bijak untuk memberi pengajaran kepada para peserta mengenai topik yang diberikan.
Aktiviti
Melalui permainan Klik Dengan Bijak iaitu ‘KDB Puzzle’ yang melibatkan kuiz secara individu iaitu para peserta dikehendaki mencari perkataan yang berkaitan dengan tajuk ceramah iaitu ‘Check Your Label’.
Program / Aktiviti / Kelas |
: MICROSOFT WORD ( SURAT RASMI ) |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh tujuh orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Memberi latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara menaip dan membuat surat rasmi yang bertajuk ‘surat pemberitahuan sebab tidak hadir ke sekolah’. Para peserta didedahkan dengan cara penulisan format surat rasmi yang betul.
TARIKH : 10 OGOS 2019
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI (CERAMAH & BENGKEL KDB : ONLINE GROOMING & TELEFON KARAT) |
Masa |
: 8.00 pagi – 9.30 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: orang |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh seorang peserta dari pelajar sekolah rendah & sekolah menengah. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan kempen ‘Klik Dengan Bijak’ kepada para peserta terutamanya kepada kanak-kanak serta memberi pendedahan kepada para peserta tentang bahaya terpengaruh dengan online grooming.
Aktiviti
Melalui aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini, petugas memberi ceramah berkenaan dengan cara mengelakkan diri menjadi mangsa ‘online grooming’ yang kian menular pada masa kini terutamanya kepada kanak-kanak. Selain itu, petugas juga mengadakan aktiviti berbentuk permainan ‘telefon karat’ untuk memberi pengajaran kepada para peserta agar tidak terpengaruh untuk menyebarkan berita yang tidak sahih serta pengguna Internet harus memastikan kandungan yang dimuat turun adalah jelas agar tidak mudah disalahtafsirkan oleh pengguna Internet yang lain.
Program / Aktiviti / Kelas |
: E-PEMBELAJARAN (KUIZ BAHASA MELAYU : PERIBAHASA & TATABAHASA) |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh seorang peserta dari pelajar sekolah rendah & sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi memperkenalkan kepada para peserta aplikasi pembelajaran/kuiz secara atas talian untuk mewujudkan aktiviti dan suasana pembelajaran yang lebih menarik.
Aktiviti
Melalui aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini, para peserta diberi latihan untuk memperkenalkan kepada para peserta aktiviti kuiz atas talian yang melibatkan pembelajaran Bahasa Melayu.
TARIKH : 17 OGOS 2019
Program / Aktiviti / Kelas |
: KDB GAMES PUZZLE (SELFIE) |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh lima orang peserta iaitu komuniti yang berasal daripada Kampung Pinang. Aktiviti yang melibatkan permainan Klik Dengan Bijak untuk memberi pengajaran kepada para peserta mengenai topik yang diberikan.
Aktiviti
Melalui aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini, petugas memberi permainan Klik Dengan Bijak iaitu ‘KDB Puzzle’ yang melibatkan kuiz secara individu iaitu para peserta dikehendaki mencari perkataan yang berkaitan dengan tajuk iaitu ‘Selfie.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL DASHBOARD : MY HEALTH |
Masa |
: 9.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh lima orang peserta iaitu komuniti yang berasal daripada Kampung Pinang. Memberi pendedahan & kesedaran kepada para peserta pentingnya menjalani saringan kesihatan melalui aplikasi Dashboard Komuniti .
Aktiviti
Melalui aktiviti yang berlangsung selama sejam ini, Petugas memperkenalkan modul My Health yang terdapat aplikasi Dashboard Komuniti supaya aplikasi ini dapat digunakan oleh komuniti setempat. Para peserta juga diberi peluang membuat pemeriksaan tekanan darah yang menggunakan mesin tekanan darah.
Program / Aktiviti / Kelas |
: MANDALA COLOR |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh lima orang peserta iaitu komuniti yang berasal daripada Kampung Pinang. Mendedahkan kepada para peserta tentang aplikasi laman web yang melibatkan aktiviti mewarna secara digital.
Aktiviti
Melalui aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini, Mandala color dapat menarik minat para peserta untuk menjadi lebih kreatif dalam seri mewarna secara online menggunakan komputer.
TARIKH : 24 OGOS 2019
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL MYSHOP |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Bengkel & ceramah ini dihadiri oleh 10 orang peserta dari pelajar sekolah rendah & sekolah menengah. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada para peserta serta memupuk penggunaan modul My Shop dalam kalangan komuniti setempat.
Aktiviti
Melalui aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini, petugas memberi ceramah berkenaan Petugas memberi ceramah berbentuk tayangan slide mengenai modul My Shop di dalam aplikasi Dashboard Komuniti untuk menerangkan fungsi-fungsi modul My Shop yang berfungsi sebagai modul yang mempromosi pelbagai barangan. Melalui ceramah ini, para peserta dapat mengetahui fungsi modul My Shop supaya modul ini dapat digunakan oleh komuniti setempat khususnya dapat membantu golongan usahawan mempromosikan produk mereka.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD (PICTURE & SHAPE) |
Masa |
: 11.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh 10 orang peserta dari pelajar sekolah rendah & sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk melatih para peserta menggunakan salah satu perisian komputer iaitu Microsoft Word.
Aktiviti
Melalui aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini, petugas memberi latihan & melatih para peserta membuat ‘Shape’ terlebih dahulu, kemudian gambar diletakkan didalam ‘Shape’ tersebut.Melalui aktiviti ini, petugas dapat melatih para peserta supaya para peserta mahir menggunakan perisian komputer & seterusnya dapat melahirkan komuniti yang celik IT.