TARIKH :  4 JULAI 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT OFFICE WORD (PENGHASILAN BUKU FOLIO &

KERJA KURSUS)

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh seorang peserta dari pelajar sekolah menengah. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta dalam menggunakan perisian Microsoft office iaitu Microsoft Word untuk membuat tugasan yang melibatkan akademik.

Aktiviti

Melalui aktiviti yang berlangsung selama tiga jam ini, petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara membuat buku folio sejarah. Melalui bengkel ini. Peserta diberi tunjuk ajar cara meletakkan gambar, bentuk, nombor muka surat serta mempelajari pelbagai fungsi-fungsi di toolsbar di dalam Microsoft Word untuk melengkapkan buku folionya.

TARIKH :  11 JULAI 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL KEUSAHAWANAN

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Ceramah ini dihadiri oleh seorang peserta iaitu komuniti yang berasal daripada Kampung Pinang. Tujuan bengkel keusahawanan ini ialah untuk melatih usahawan muda yang baru berjinak dalam bidang keusahawanan

Aktiviti

Melalui aktiviti yang berlangsung selama sejam ini, petugas memberi ceramah keusahawanan kepada peserta sebagai permulaan untuk perancangan memulakan bisnes iaitu ceramah ‘Pengenalan & strategi keusahawanan’. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat promosi di media sosial seperti Facebook untuk menjual produk peserta. Selain promosi di media sosial, peserta juga diajar untuk membuat video promosi yang mempromosikan produk dengan membuat video melalui aplikasi ‘Window Movie Maker’.

TARIKH :  18 JULAI 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MULTIMEDIA (COLOURING)

Masa

: 2.00 petang – 3.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 3 orang peserta dari peserta sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang aplikasi laman web yang melibatkan aktiviti mewarna secara digital.

Aktiviti

Melalui aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini, para peserta diberi latihan mewarna melalui aplikasi di dalam laman web. Peserta diberi latihan mewarna melalui pelbagai bentuk & imej.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL APLIKASI DASHBOARD & MUAT TURUN APLIKASI

Masa

: 3.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Ceramah ini dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Ceramah ini diadakan untuk menerangkan fungsi modul-modul di dalam Dashboard PI supaya Dashboard PI dapat digunakan sebaiknya oleh ahli pi iaitu My Komuniti, My Shop, My Health, My Place, & My Skool.

Aktiviti

Ceramah dimulakan dengan tayangan slide oleh petugas P1 untuk merangkan setiap fungsi dan kelebihan modul My Komuniti. Kemudian para peserta diberi peluang untuk menyertai bengkel dengan membuat ‘post’ di dalam modul-modul Dashboard yang berkaitan. Selain itu, petugas juga memberi penerangan kepada peserta cara memuat turun aplikasi Dashboard di dalam Google Appstore.

TARIKH :  21 JULAI 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI (CERAMAH & BENGKEL KDB : PAGE KLIK DENGAN BIJAK & PROQUIZ KDB)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Ceramah & aktiviti ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah rendah. Aktiviti ini diadakan untuk mempromosikan kempen ‘Klik Dengan Bijak’ kepada para peserta terutamanya kepada kanak-kanak.

Aktiviti

Melalui aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini, petugas telah menerangkan tentang kelebihan kempen ‘Klik Dengan Bijak’ dibawah inisiatif SKMM. Selain itu petugas memperkenalkan laman web KDB untuk rujukan para peserta. Kuiz & pertandingan berkaitan KDB juga berlangsung pada aktiviti kali ini.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT (JENIS-JENIS KOMPUTER)

Masa

: 10.00 pagi – 12.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Aktiviti ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah rendah. Aktiviti ini diadakan untuk untuk meningkatkan kemahiran ICT serta latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.

Aktiviti

Melalui aktiviti ini. para peserta dapat mempelajari cara menggunakan Microsoft Powerpoint untuk aktiviti pembentangan & menggunakan tools dalam Microsoft Powerpoint bersesuaian dengan latihan yang diberikan. Peserta telah dilatih untuk membuat slide baru, memilih design slide (tema slide) serta membuat tajuk & sub tajuk mengikut latihan yang diberikan iaitu jenis-jenis komputer.