PROGRAM/AKTIVITI/KELAS: CERAMAH & TAYANGAN VIDEO (KLIK DENGAN BIJAK : CLICK WISELY)

Tarikh : 05 MEI 2018
Masa : 8.00 PAGI - 9.30 PAGI
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 11 orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah SK Pinang. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memupuk kesedaran kepada pelajar sekolah untuk menerapkan nilai-nilai positif cara menggunakan internet dan memupuk cara melayari internet secarabijak.

AKTIVITI

Para peserta telah didedahkan dengan cara melayari internet secara bijak dan positif supaya tidak terdedah dengan perkara yang tidak baik melalui internet. Tayangan video  pendek mengenai klik dengan bijak ini didedahkan kepada para peserta kepentingan melayari internet dengan lebih bijak.

 

PROGRAM/AKTIVITI/KELAS : KDB GAMES : 5 MINUTES CRAFT (ORIGAMI)

Tarikh : 05 MEI 2018
Masa : 9.30PAGI - 10.00 PAGI
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 11 orang

  

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah SK Pinang.Tujuan kelas origami ini diadakan adalah untuk menguji tahap kefokusan peserta serta menilai tahap kreativiti mereka.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan menonton di Youtube cara membuat origami (sampan / perahu), kemudian para peserta mengikut cara membuat sampan melalui video tersebut.

 

PROGRAM/AKTIVITI/KELAS : CERAMAH DASHBOARD MY KOMUNITI

Tarikh : 05 MEI2018
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 11 orang

Tujuan

Ceramah ini dihadiri oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah SK Pinang.Ceramah ini diadakan untuk menerangkan salah satu modul di dalam Dashboard PI supaya Dashboard PIdapat digunakan sebaiknya oleh ahli PI iaitu My Komuniti

Aktiviti

Ceramah dimulakan dengan tayangan slide oleh petugas P1 untuk merangkan setiap fungsi dan kelebihan modul My Komuniti serta membuat demonstrasi untuk membuat pengumuman di dalam My Komuniti.

PROGRAM/AKTIVITI/KELAS : PROGRAM E-PEMBELAJARAN

Tarikh : 05 MEI2018
Masa : 2.00 PETANG - 3.00 PETANG
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 11 orang

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 11 orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan tahap pegetahuan dan kemahiran ICT melalui latihan yang diberikan.

Aktiviti

Melalui latihan yang berlangsung selama satu jam ini peserta didedahkan dengan membuat kuiz mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui internet. Melalui tunjuk ajar petugas, para peserta dapat menjawab kuiz dengan baik disamping mereka dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti pembelajaran secara atas talian.

PROGRAM/AKTIVITI/KELAS : BENGKEL MICRODOFT WORD : TYPING

Tarikh : 05 MEI 2018
Masa : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 11 orang

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 11 orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan tahap pegetahuan dan kemahiran ICT melalui latihan yang diberikan.

Aktiviti

Melalui bengkel yang berjalan selama dua jam ini para peserta didedahkan dengan fungsi dan tools yang terdapat pada ribbon Microsoft Word. Para peserta juga diberikan latihan menaip untuk mengukuhkan kemahiran mereka terhadap ICT dengan lebih baik.Melalui bengkel ini para peserta turut mengikuti pertandingan menaip terpantas.