PROGRAM/AKTIVITI/KELAS : CERAMAH & TAYANGAN VIDEO (KLIK DENGAN BIJAK : FACEBOOK)

Tarikh : 21 APRIL 2018
Masa : 8.00 PAGI - 10.00 PAGI
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 12 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah SK Pinang. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah untuk menerapkan nilai-nilai positif cara menggunakan internet.

Aktiviti

Para peserta telah didedahkan dengan keburukan dan kebaikan melayari laman sosial iaitu Facebook. Tayangan video pendek mengenai kebaikan dan keburukan laman sosial didedahkan kepada para peserta sebagai langkah berjaga-jaga contohnya berkongsi maklumat serta pendedahan keburukan pendedahan maklumat peribadi secara berlebihan. Selain itu, para peserta juga diberi pendedahan oleh para petugas contoh-contoh kesan berkongsi maklumat peribadi secara berlebihan melalui tayangan slide.

Gambar : 

kdb1   kdb2

 

 

PROGRAM/AKTIVITI/KELAS : CERAMAH DASHBOARD KOMUNITI

Tarikh : 21 April 2018
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 12 orang

 

Tujuan

Ceramah ini dihadiri oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah SK Pinang. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi pengenalan tentang Dashboard Komuniti kepada para peserta

Aktiviti

Ceramah Dashboard Komuniti ini telah diadakan dengan memberi penerangan dan pendedahan modul-modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti melalui tayangan slide. Terdapat 6 modul yang didedahkan kepada para peserta tentang fungsi dan kelebihan pada modul tersebut. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk melihat kelebihan modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti dengan membuka Dashboard Komuniti melalui akaun mereka sendiri.

Gambar : 

dashboard1   dashboard2

 

PROGRAM/AKTIVITI/KELAS : BENGKEL MY HEALTH

 

Tarikh : 21 April 2018
Masa : 11.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 12 orang

 

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah SK Pinang. Bengkel ini diadakan untuk memperkenalkan aplikasi I – Health kepada para peserta supaya mereka dapat mengenalpasti tahap kesihatan mereka.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan memperkenalkan peralatan I – Health kepada dengan menerangkan fungsi dan bagaimana cara untuk menggunakannya. Setelah itu, peserta akan diperiksa dengan peralatan I – Health secara bergilir-gilir. Melalui bengkel ini juga peserta dapat mengetahui cara untuk mengira BMI (Body Mask Index) dengan mengukur ketinggian dan berat badan.

Gambar :

mh2   mh1

 

PROGRAM/AKTIVITI/KELAS : LATIHAN MICROSOFT POWERPOINT 

Tarikh : 21 April 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 12 orang

 

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah SK Pinang. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengukuhkan kemahiran ICT para peserta.

Aktiviti

Melalui latihan yang berlangsung selama 3 jam ini peserta telah diberi latihan tentang cara-cara asas membuat slide pembentangan serta memuatnaik gambar melalui fail yang terdapat dalam komputer. Para peserta juga dapat mengenal fungsi-fungsi ikon yang terdapat pada ribbon yang terdapat pada Microsoft PowerPoint.

Gambar :

ppoint1   ppoint2
 
 

PROGRAM/AKTIVITI/KELAS : CERAMAH & TAYANGAN VIDEO (KLIK DENGAN BIJAK : BULI SIBER)

 
Tarikh : 22 April 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah SK Pinang. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah untuk menerapkan nilai-nilai positif cara menggunakan internet.

Aktiviti

Para peserta telah didedahkan dengan keburukan dan kebaikan melayari laman sosial iaitu Facebook. Tayangan video pendek mengenai kebaikan dan keburukan laman sosial didedahkan kepada para peserta sebagai langkah berjaga-jaga contohnya berkongsi maklumat serta pendedahan keburukan pendedahan maklumat peribadi secara berlebihan. Selain itu, para peserta juga diberi pendedahan oleh para petugas contoh-contoh kesan berkongsi maklumat peribadi secara berlebihan melalui tayangan slide.

Gambar :

ckdb1   ckdb2

PROGRAM/AKTIVITI/KELAS : LATIHAN MICROSOFT WORD (TYPING)

Tarikh : 22 April 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg Pinang
Peserta : 6 Orang 

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah SK Pinang. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengukuhkan kemahiran ICT para peserta.

Aktiviti

Melalui latihan yang berlangsung selama 2 jam ini peserta telah diberi latihan tentang cara-cara menaip dengan lancar iaitu cara-cara membuat karangan yang bertajuk “INFORMAL LETTER FOR UPSR”. Para peserta juga dapat mengenal fungsi-fungsi ikon yang terdapat pada ribbon yang terdapat pada Microsoft Word.

Gambar : 

word1   word2